Tuesday, 30 August 2016

#Hari Kebangsaan 2016



Jalur Gemilang


     Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016.

     Dalam satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.

     Sementara, Logo dan Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan.

      Dalam pada itu, antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober ini termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.
______________________________________________________________________________________________________


  #sehatisejiwa
______________________________________________________________________________________________________

SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada
______________________________________________________________________________________________________

Sebagai makluman, mulai tahun lalu (2015) sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun.

GAMBAR DAN KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN 2016



MALAYSIA RASIONAL ATAU KETERANGAN LOGO MERDEKA 2016 LAGU TEMA HARI KEBANGSAAN / KEMERDEKAAN 2016



Pautan Sumber Asal » mysumber.com

_________________________________________________________________________________

“Malaysia Sehati Sejiwa”

Lagu ini dinyanyikan oleh Alif Satar (choir & penyayi latar: Gemersik Chorus)
Lagu: Muhammad Yuri Edris
Lirik: Sisa Kapratasa & Yuri Edris


Lirik lagu Tema Merdeka 2016: Sehati Sejiwa


Demi… tanah yang bertuah
Taman… cinta merdeka...
Kasih… di hatiku ini
Untukmu tanah pertiwi…


Dari… utara selatan
Juga… timur ke barat
Turut gagah… Sabah Sarawak
Se…hati Sejiwa


Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa

Malaysia Sehati Sejiwa


Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa

Tidak akan kami khianatinya…


Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan


Marilah bersatu
Sehati Sejiwa
Malaysia Kekal Sejahtera…

(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
(Mi i so ginavo) kadazan
(Ngetan Ke Manua) iban
(Mi i so ginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban

Malaysia Sehati Sejiwa…                                                    
Malaysia Sehati Sejiwa...



________________________________________

-Lagu Patriotik-
________________________________________


TANGGAL 31


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka…


MALAYSIA OH TANAHAIRKU


Malaysia oh tanah airku, Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta, Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas, Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang, Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia, Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga, Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku


BARISAN KITA

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya

Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita

Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara

Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti



1 Malaysia

Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti
Verse 2
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama
Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa
Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati
Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia




Friday, 26 August 2016

Muslim Backpacker!

Anak Muda, Bermusafirlah!

Jika  saya diberi pilihan untuk melakukan apa yang saya minati dalam hidup ini,
suadah semestinya saya akan memilih untuk mengembara ke seluruh dunia!

                Biarpun mengembara itu satu penderitaan dek kerana kurang makan, kurang rehat, kurang selesa dan sebagainya, namun ‘penderitaan’ ini sungguh menyeronokkan. Seronok kerana inilah bekalan pengalaman yang berharga.

"Pengalaman Berharga apabila dimanfaatkan sebaiknya dikemudian hari"


TRADISI PEJUANG KEBENARAN

               Hakikatnya mengembara bukanlah sekadar trend ikut-ikutan, apatah lagi hobi semata-mata. Tetapi satu tradisi para pejuang kebenaran sejak zaman-berzaman. Setelah sekian lama berhijrah melalui identity dari segi akal, jiwa dan perasaan, mereka akan keluar mengembara dengan fizikal demi menyebarkan islam dan meningkatkan mutu diri.
               Tradisi inilah yang telah diamalkan oleh para sahabat sebelumnya. Pejuang agama Allah tidak dapat tidak mesti bermusafir.



MUSAFIR ITU MENCELIKKAN

               Ya, kerana setiap musafir itu mencelikkan. Tentu sahaja musafir itu bukan sekadar ingin mencuci mata, namun sebenarnya ingin ‘mencelikkan’ mata akal dan mata hati seseorang manusia yang mengembara.
               Tujuannya agar ‘kedua-dua mata’ ini lebih terang meyuluh perjalanan kehidupan manusia yang samar-samar ini sehingga mampu membezakan mana yang hak dan batil, mana satu yang perintah dan larangan daripada Allah, disamping dapat meninggikan agama Allah di mana-mana.

Saidina Ali pernah berkata:

“keluarlah dari Negara (yang didiami) bagi mencari sesuatu yang berharga. Bermusafirlah kerana bagi musafir itu lima kelebihan:”
1 Terlepas daripada kerumitan
2 Dapat meningkatkan kualiti hidup
3 Kaya dengan ilmu dan pengalaman
4 Pengetahuan luas tentang adab dan budaya
5 Mendapat ramai kenalan



              Syaratnya, kemana sahaja tempat yang disinggahi, pengembara mesti mencuba untuk memerhati, memahami dan mempelajari perkara-perkra yang baharu. Sikap ingin mempelajari daripada orang lain inilah yang akan memperkaya pengetahuan dan mematangkan diri. Seterusnya menajamkan akal dengan menguatkan keimanan kepada Allah. Inilah tugasan bagi setiap pengembara Muslim sejati.

____________________________________________________________________________________

Allah berfirman:

“Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang tedahulu. Kebanyakan mereka ialah orang yang mempersekutukan (Allah).” [Surah al-Rum 30:42]

Dan dalam firman-Nya yang lain:

“katakanlah: ‘Berjalanlah kamu di muka bumi ini srta perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) daripada pemulaannya, kemudian Allah menjadikan sekali lagi. Sesungunya Allah Maha Berkuasa atas sesuatu.” [Surah al-Ankabut 29:20]

               Sayangnya kalulah ‘kedua-dua mata’ ini terus buta, mudaratnya besar. Manusia akan terus bergelap dan teraba-raba dalam kejahilan. Bukan hanya kejahilan agama, tetapi juga buta kehidupn dan kekuasaan-Nya.

__________________________________________________________________________________

Anak Muda…

JANGAN LEPASKAN PELUANG, JOM AMBIL PELUANG KEEMASAN

                Pada usia muda inilah pelung emas untuk kita mengembara. Keluarlah mengembara dan cubalah untuk hidup di perantauan, kelebihannya sungguh banyak. Selain memberikan pengalam baharu dan meluaskan horizon, pemuda yang mengembara juga dapat melihat kembali diri mereka dari luar kerangka kebiasaan.

                Apabila sudah berada di Negara orang, kita akan dapat melihat kelemahan dan kekurangan pada diri, masyarakat an juga Negara. Maka akan timbullah kesedaran untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan.
Perubahan diri terhasil daripada kesedaran dan pengalaman-pengalaman baharu yang dicernakan sepanjang perjalanannya. Ambillah apa yang baik daripada pengalaman budaya orang lain biarpun ia dari Negara bukan Islam, kerana ia tetap diiktiraf dalam Islam.

                Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bahawa: “Hikmah merupakan harta Mukmin yang hilang. Di mana sahaja dia menemukannya, maka dia paling berhak ke atasnya.”

SELAMAT MENGEMBARA, WAHAI ANAK MUDA.

Ambillah sebanyak mungkin pengajaran di sepanjang perjalanan kamu. Insya-Allah,

 KAMULAH PENGEMBARA MUSLIM SEJATI!

___________________________________________________________________________________


Formula:      Jaga Allah    +    Jaga Diri   =   Backpacker 

                    (Ibadah)            (Pengurusan)        (Diredhai)   

___________________________________________________________________________________





RUJUKAN:

Gen-Q ISU 50
-MUHAMAD AIZUDDIN KAMARUL ZAMAN-