Anak
Muda, Bermusafirlah!
Jika saya diberi pilihan untuk melakukan apa yang
saya minati dalam hidup ini,
suadah semestinya saya akan memilih
untuk mengembara ke seluruh dunia!
Biarpun mengembara itu satu
penderitaan dek kerana kurang makan, kurang rehat, kurang selesa dan
sebagainya, namun ‘penderitaan’ ini sungguh menyeronokkan. Seronok kerana inilah
bekalan pengalaman yang berharga.
"Pengalaman Berharga apabila dimanfaatkan sebaiknya dikemudian hari"
TRADISI
PEJUANG KEBENARAN
Hakikatnya mengembara bukanlah
sekadar trend ikut-ikutan, apatah lagi hobi semata-mata. Tetapi satu tradisi
para pejuang kebenaran sejak zaman-berzaman. Setelah sekian lama berhijrah
melalui identity dari segi akal, jiwa dan perasaan, mereka akan keluar
mengembara dengan fizikal demi menyebarkan islam dan meningkatkan mutu diri.
Tradisi inilah yang telah
diamalkan oleh para sahabat sebelumnya. Pejuang agama Allah tidak dapat tidak
mesti bermusafir.
MUSAFIR
ITU MENCELIKKAN
Ya, kerana setiap musafir itu
mencelikkan. Tentu sahaja musafir itu bukan sekadar ingin mencuci mata, namun
sebenarnya ingin ‘mencelikkan’ mata akal dan mata hati seseorang manusia yang
mengembara.
Tujuannya agar ‘kedua-dua mata’
ini lebih terang meyuluh perjalanan kehidupan manusia yang samar-samar ini
sehingga mampu membezakan mana yang hak dan batil, mana satu yang perintah dan
larangan daripada Allah, disamping dapat meninggikan agama Allah di mana-mana.
Saidina Ali pernah berkata:
“keluarlah
dari Negara (yang didiami) bagi mencari sesuatu yang berharga. Bermusafirlah kerana
bagi musafir itu lima kelebihan:”
1 Terlepas daripada kerumitan
2 Dapat meningkatkan kualiti hidup
3 Kaya dengan ilmu dan pengalaman
4 Pengetahuan luas tentang adab dan budaya
5 Mendapat ramai kenalan
Syaratnya, kemana sahaja tempat
yang disinggahi, pengembara mesti mencuba untuk memerhati, memahami dan
mempelajari perkara-perkra yang baharu. Sikap ingin mempelajari daripada orang
lain inilah yang akan memperkaya pengetahuan dan mematangkan diri. Seterusnya menajamkan
akal dengan menguatkan keimanan kepada Allah. Inilah tugasan bagi setiap
pengembara Muslim sejati.
____________________________________________________________________________________
Allah berfirman:
“Mengembaralah
kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang tedahulu.
Kebanyakan mereka ialah orang yang mempersekutukan (Allah).” [Surah al-Rum
30:42]
Dan dalam
firman-Nya yang lain:
“katakanlah:
‘Berjalanlah kamu di muka bumi ini srta perhatikanlah bagaimana Allah
menciptakan (manusia) daripada pemulaannya, kemudian Allah menjadikan sekali
lagi. Sesungunya Allah Maha Berkuasa atas sesuatu.” [Surah al-Ankabut 29:20]
Sayangnya kalulah ‘kedua-dua
mata’ ini terus buta, mudaratnya besar. Manusia akan terus bergelap dan
teraba-raba dalam kejahilan. Bukan hanya kejahilan agama, tetapi juga buta
kehidupn dan kekuasaan-Nya.
__________________________________________________________________________________
Anak Muda…
JANGAN
LEPASKAN PELUANG, JOM AMBIL PELUANG KEEMASAN
Pada
usia muda inilah pelung emas untuk kita mengembara. Keluarlah mengembara dan
cubalah untuk hidup di perantauan, kelebihannya sungguh banyak. Selain memberikan
pengalam baharu dan meluaskan horizon, pemuda yang mengembara juga dapat
melihat kembali diri mereka dari luar kerangka kebiasaan.
Apabila
sudah berada di Negara orang, kita akan dapat melihat kelemahan dan kekurangan
pada diri, masyarakat an juga Negara. Maka akan timbullah kesedaran untuk
melakukan perubahan ke arah kebaikan.
Perubahan
diri terhasil daripada kesedaran dan pengalaman-pengalaman baharu yang
dicernakan sepanjang perjalanannya. Ambillah apa yang baik daripada pengalaman
budaya orang lain biarpun ia dari Negara bukan Islam, kerana ia tetap diiktiraf
dalam Islam.
Ada sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bahawa: “Hikmah merupakan harta Mukmin
yang hilang. Di mana sahaja dia menemukannya, maka dia paling berhak ke
atasnya.”
SELAMAT
MENGEMBARA, WAHAI ANAK MUDA.
Ambillah sebanyak mungkin
pengajaran di sepanjang perjalanan kamu. Insya-Allah,
KAMULAH PENGEMBARA MUSLIM SEJATI!
___________________________________________________________________________________
Formula: Jaga Allah + Jaga Diri = Backpacker
(Ibadah) (Pengurusan) (Diredhai)
___________________________________________________________________________________
RUJUKAN:
Gen-Q ISU 50
-MUHAMAD AIZUDDIN
KAMARUL ZAMAN-



No comments:
Post a Comment