Tuesday, 6 September 2016

Mengenali Diri

KITA AHLI ILMU

Jalaludin al-Mahalli. Nama ini tidak asing bagi seoang penuntut ilmu. Bagaimana tidak, salah satu kitab karangan beliau menjadi rujukan wajib bagi setiap pengkaji tafsir. Kitab itu ialah Tafsir al-Jalalain.

      Nama asal beliau ialah Muhammad bin Ahmad al-Mahalli al-Syafi’i. beliau mempunyai kepakaran dalam pelbagai ilmu, antaranta fiqah, tafsir, ilmu kalam, mantik dan sebagainya. Ulama ini wafat di Mesir pada tahun 864H.
      Selain alim, Jalaludin al-Mahalli sangat aktif dalam melakukan aktiviti social. Beliau selalu berkhidmat kepada orang yang memerlukan bantuan. Terutama janda-janda tua dan fakir miskin di negerinya.
      Setiap hari beliau akan mendatangani rumah mereka dan menawarkan bantuan. Sehingga beliau sering kali menangguhkan kelas untuk pergi membeli barang memasak untuk mereka yang lemah ini.

   Al-Mahalli berkata “Aku telah menghabiskan sebahagian besar umurku untuk ilmu. Dan penyakit ilmu sangat banyak, jarang sekali orang yang selamat daripadanya. Aku berharap Allah mengampuni dosa-dosaku kerana aktiviti yang aku lakukan ini.”

ILMU MENGHERET TUANNYA KE NERAKA



      Ilmu memang bermanfaat bagi manusia. Ia dapat menerangi kehidupan dan membasmi kejahilan. Namun begitu, ilmu seringkali memudaratkan apabila berada di hati yang kotor. Pada masa itu, ilmu akan melahirkan pelbagai penyakit hati.

   Antara penyakit hati adalah:
  • ·         Ujub (merasa diri pandai)
  • ·         Riyak
  • ·         Sombong
  • ·         Meremehkan orang lain
  • ·         Suka bertengkar dan sebagainya.

Ia tidak  menyebabkan kematian tubuh, akan tetapi membawa pada kematian hati dan kesengsaraan di akhirat.


   Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang menuntut ilmu untuk disebut ulama, untuk bertengkar dengan orang jahil, atau menarik perhatian orang lain, Allah akan memasukkannya ke neraka.”
(Riwayat al-Tirmizi)

BUKAN MERAIH KEDUNIAAN


   Setiap penuntut ilmu mesti selalu mengingati matlamat ilmu.
  • ·         Ilmu dipelajari bukan untuk membesarkan diri.
  • ·         Bukan untuk meraih sanjungan dan penghormatan.
  • ·         Bukan untuk menarik ramai pengikut.
  • ·         Bukan untuk jawatan dan gaji.

Ya, ilmu bukan untuk meraih semua ini.
   Ilmu dimuliakan keran mampu menghakis sifat-sifat kejahilan dalam diri


Orang berilmu mengenal Allah, Rasulullah dan al-Quran

      Orang berilmu mengetahui hakikat dunia dan tipu daya syaitan lalu menghindarinya. Sedangkan yang jahil tidak akan tahu semua ini.


      Allah berfirman: “Adakah sama orang yang berilmu dan yang tidak berilmu?” 
(Surah al-Zumar 39:9)

      Justeru sikap penuntut ilmu mesti berbeza dengan orang jahil enggan melakukan kebaikan. Namun sungguh menghairankan apabila ahli ilmu bergelumang dalam maksiat.
      Sebelum digunakan untuk merubah orang lain, ilmu mesti mampu merubah diri sendiri. Inilah matlamat ilmu. Sesiapa yang memiliki ilmu seperti ini, bermakna dia telah mendapatkan ilmu yang bermanfaat.

PANTANG MELIHAT KESUSAHAN ORANG

      Tanda seseorang memiliki ilmu yang bermanfaat ialah hatinya lembut dan tangannya ringan untuk membantu. Orang seperti ini pantang melihat kesusahan orang lain tanpa menghulurkan bantuan semampunya.
      Wahai pelajar, ambillah tahu penderitaan orang lain. Ringankan tangan anda untuk memberikan bantuan. Jangan tunggu diminta atau disuruh. 

Sebarkanlah kebaikan agar kita termasuk dalam kalangan ahli ilmu.


Wallahua’lam. :)

GEN-Q / ISU 50
Ustaz Umar Muhammad Noor
-sedang menyambung pengajian peringkat PHD di Universiti Malaya-
 ____________________________________
   Facebook.com/UmarMuhammadNoor
   umar@telagabiru.com

Friday, 2 September 2016

Sejarah

Perjuangan Pemimpin Tempatan
Penentangan masyarakat tempatan terhadap campur tangan british bertujuan mempertahankan hak daripada dicerobohi oleh kuasa luar.

Dol Said di Naning

Sebab penentangan:
· British mendakwa Naning sebagai jajahan takluknya
· Dol Said enggan menghantar 1/10 hasilnya sebagai ufti kepada British di Melaka
Peristiwa:
British menghantar tentera untuk menakluki Naning lalu ditentang oleh Dol Said.
Penghulu Dol Said yang dibantu oleh Penghulu Rembau, Penghulu Remai, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh berjaya mengalahkan tentera British
British menyerang Naning sekali lagi. Namun, Penghulu Dol Said tidak dibantu oleh sesiapa pun. Hal ini menyebabkan Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Mekah.

Syarif Masahor di Sarawak

Sebab penentangan:
· Syarif Masahor menolak penguasaan James Brooke terhadap Sungai Rajang. Hal ini kerana beliau telah hilang kuasa memungut cukai.
Peristiwa:
Syarif Masahor menyerang kubu James Brooke, kemudia beliau menyerang James Brooke di Kuching. Namun mereka gagal. Oleh sebab itu, Syarif Masahor melarikan diri ke Brunie. Tetapi diserahkan kepada Bitish oleh Sultan Brunie.

Rentap di Sarawak

Sebab penentangan:
· James Brooke menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun.
Peristiwa:
Rentap menyerang kubu James Brooke di Naning Skrang. Rentap Berjaya menghalau James Brooke. Namun tentera James Brooke bertindak balas dan membakar kampung Rentap. Oleh sebab itu, Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok. Kemudian Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai apabila dikalahkan oleh tentera James Brooke.

Mat Salleh di Sabah

Sebab penentangan:
· SBUB menduduki Tambunan dan Sungai Sugut.
· Mereka tidak hormati Mat Salleh sebagai pemerintah di situ.
· SBUB memperkenalkan cukai kepala dan surat perahu.
Peristiwa:
Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang tetapi tidak dilayan. Malah SBUB bertindak membakar kampong Mat Saleh. Oleh sebab itu, Mat Saleh menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya. Tindakan Mat Salleh tersebut menyebabkan SBUB mahu berdamai dengan Mat Salleh dan sanggup menyerahkan Tambunan kepada Mat Salleh. Bagaimanapun, SBUB telah mungkir janji memnyebabkan Mat Salleh menyerang semula. Namun, SBUB menyerang balas dan Mat Salleh terkorban.

Dato’ Maharajalela di Perak

Sebab penentangan:
· Residen British bertindak melebihi had sebagai penasihat di Perak.
· Pembesar membantah system cukai baharu.
· Pembesar hilang kuasa memungut cukai.
· British menguasai kawasa pembesar menyebabkan pembesar hilang pengaruh di kawasannya.
· British mencampuri adat resam tempatan
· J.W.W Birch tidak memahami adat Melayu
Peristiwa:
British tidak mematuhi Perjanjian Pangkor. Hal ini menyebabkan Sultan Perak membantah campur tangan British.
Dato’ Maharajalela membina kubu di Pasir Salak dan bermesyuarat dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang. Mereka membantah undang-undang British. Kemudian, Dato’ Maharaja Lela mengambil tanggungjawab untuk membunuh J.W.W Birch.
Setelah J.W.W Birch dibunuh di Pasir Salak, British menyerang Pasir Salak. Hal ini menyebabkan Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor bertindak melarikan diri ke Kota Lama. Namun Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Induk dihukum Mati. Manakala Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syhabandar dan Laksamana dibuang negeri ke Pulau Sychelles.

Dato’ Syahbandar Abdullah di Sungai Ujong


Dato Syahbandar                                                           Dato Kelana

Peristiwa penentangan:
Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal dan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman berebut kawaan sempadan memungut cukai. 
Dato’ Kelana meminta British campur tangan. British bertindak mengadakan perjanjian dengan dengan Dato’ Syahbandar. Namun Dato’ Syahbandar enggan menandatangani perjanjian tersebut. Kemudian Dato’ Syahbandar menyerang Dato’ Kelana kerana mengundang British. Tetapi telah dikalahkan oleh Dato’ Kelana yang dibantu British. Hal ini menyebabkan Dato’ Syahbandar beundur ke Selangor.
Dato’ Syahbandar dijemput pulang ke Sungai Ujong dan Beliau dipaksa menandatangani perjanjian dengan British. Hal ini menyebabkan beliau bertindak meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura. Akhirnya Sungai Ujong dikuasai oleh Dato’ Kelana di bawah penguasaan British.

Dato’ Bahaman di Pahang

Sebab penentangan:
· British mengenakan undang-undang British yang bertentangan dngan adat resam tempatan.
· Cth: system kehaiman, pemungutan hasil hutan, system cukai dan penubuhan pasukan polis luar.
Peristiwa penentangan:
British menamatkan kuasanya sebagai Orang Kaya Semantan.
Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul bersatu menentang British. Tindakan Dato’ Bahaman yang menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua menyebabkan British menangkap anak buah buahnya. Kemudian, Dato’ Bahaman menyerang British dan Berjaya menawan balai polis Lubuk Terua dan turut menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Namun, beliau diserang oleh British.
Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan dan mendapat perlindungan Kelantan dan Terengganu. Beliau menetap di Hulu Kelantan manakala Tok Gajah menetap di Hulu Trerengganu.

Tok Janggut di Kelantan

Peristiwa penentangan:
Tok Janggut membantah pelaksanaan Sistem Penasiahat di Kelantan. Oleh sebab penduduk tempatan dipaksa menerima pakai system cukai yang diperkenalkan oleh British, beliau membantah system cukai. Namun, bantahan Tok Janggut tidak dilayan oleh Pengawai Daerah Pasir Puteh. Pihak Polis diarah untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal. 
Tok Janggut menyerang Pasir Puteh dan Berjaya mendudukinya. Mereka membentuk kerajaan dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. Namun, British bertindak menyerang Kampung Saring dengan bantuan tentera Negeri Selat. Hal ini menyebabkan Tok janggut terkorban dengan digantung secara songsang dalam serangan tersebut 

Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu

Peristiwa penentangan:
Haji Abdul Rahman Limbog membantah system cukai dan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British. 
Beliau mengetuai penduduk kampong membuka tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah. Kemudian beliau sekali lagi berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah tetapi dapat disuraikan oleh British.
Penduduk tempatan melancarkan serangan bersenjata dan ereka Berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang. Namun, dengan menggunakan nama Sultan, British menghantar pembesar dan Berjaya menawan semula Kuala Berang. Kemudian sepasukan plis menyerang Kuala Telemong dan berjya menangkap Haji Abdul Rahman Limbong. Akhirnya beliau dibung negeri ke Makkah.


Nilai dan Iktibar


'Penentangan pemimpin tempatan adalah wajar kerana
· Mereka mempertahankan kedaulatan tanah air
· Mereka mempertahankan adat resam dan budaya tempatan
· Mempertahankan hak mereka
· Mempertahankan kewibawaan
· Mempertahankan maruah
· Mempertahankan agama

Penentangan terhadap British tidak berjaya kerana

· Strategi penentangan kurang tersusun
· Perpecahan dalam kalangan pengikut
· Kelenggapan senjata kurang canggih
· Kekurangan sokongan
· Perjuangan bersifat setempat

Iktibar yang kita boleh dipelajari ialah

· Kita mestilah sanggup mempertahankan hak daripada diambil orang lain.
· Janganlah kita menggadai maruah demi kepentingan diri.
· Kita mestilah bersedia menerima perubahan yang membawa kebaikan.
· Kita bleh Berjaya jika sanggup berusaha gigih.
· Perpaduan sangat penting dalam perjuangan.