KITA AHLI ILMU
Jalaludin al-Mahalli. Nama ini tidak asing bagi seoang penuntut ilmu. Bagaimana tidak,
salah satu kitab karangan beliau menjadi rujukan wajib bagi setiap pengkaji
tafsir. Kitab itu ialah Tafsir al-Jalalain.
Nama asal beliau
ialah Muhammad bin Ahmad al-Mahalli al-Syafi’i. beliau mempunyai kepakaran
dalam pelbagai ilmu, antaranta fiqah, tafsir, ilmu kalam, mantik dan
sebagainya. Ulama ini wafat di Mesir pada tahun 864H.
Selain alim,
Jalaludin al-Mahalli sangat aktif dalam melakukan aktiviti social. Beliau selalu
berkhidmat kepada orang yang memerlukan bantuan. Terutama janda-janda tua dan
fakir miskin di negerinya.
Setiap hari beliau
akan mendatangani rumah mereka dan menawarkan bantuan. Sehingga beliau sering
kali menangguhkan kelas untuk pergi membeli barang memasak untuk mereka yang
lemah ini.
Al-Mahalli berkata “Aku telah menghabiskan sebahagian besar
umurku untuk ilmu. Dan penyakit ilmu sangat banyak, jarang sekali orang yang
selamat daripadanya. Aku berharap Allah mengampuni dosa-dosaku kerana aktiviti
yang aku lakukan ini.”
ILMU
MENGHERET TUANNYA KE NERAKA
Ilmu memang bermanfaat bagi
manusia. Ia dapat menerangi kehidupan
dan membasmi kejahilan. Namun begitu,
ilmu seringkali memudaratkan apabila berada di hati yang kotor. Pada masa itu,
ilmu akan melahirkan pelbagai penyakit hati.
Antara penyakit hati adalah:
- · Ujub (merasa diri pandai)
- · Riyak
- · Sombong
- · Meremehkan orang lain
- · Suka bertengkar dan sebagainya.
Ia tidak menyebabkan kematian tubuh, akan tetapi membawa pada kematian hati dan kesengsaraan di akhirat.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa
yang menuntut ilmu untuk disebut ulama, untuk bertengkar dengan orang jahil,
atau menarik perhatian orang lain, Allah akan memasukkannya ke neraka.”
(Riwayat al-Tirmizi)
BUKAN MERAIH KEDUNIAAN
Setiap penuntut
ilmu mesti selalu mengingati matlamat
ilmu.
- · Ilmu dipelajari bukan untuk membesarkan diri.
- · Bukan untuk meraih sanjungan dan penghormatan.
- · Bukan untuk menarik ramai pengikut.
- · Bukan untuk jawatan dan gaji.
Ya, ilmu bukan untuk meraih semua ini.
Ilmu dimuliakan keran mampu menghakis sifat-sifat kejahilan dalam diri. Orang berilmu mengenal Allah, Rasulullah dan al-Quran.
Orang berilmu mengetahui hakikat dunia dan tipu daya syaitan lalu menghindarinya. Sedangkan yang jahil tidak akan tahu semua ini.
Allah berfirman: “Adakah sama orang yang berilmu dan yang tidak berilmu?”
(Surah
al-Zumar 39:9)
Justeru sikap
penuntut ilmu mesti berbeza dengan orang jahil enggan melakukan kebaikan. Namun
sungguh menghairankan apabila ahli ilmu bergelumang dalam maksiat.
Sebelum digunakan untuk merubah orang lain, ilmu mesti mampu merubah diri sendiri. Inilah
matlamat ilmu. Sesiapa yang memiliki ilmu seperti ini, bermakna dia telah mendapatkan
ilmu yang bermanfaat.
PANTANG MELIHAT KESUSAHAN ORANG
Tanda
seseorang memiliki ilmu yang bermanfaat ialah hatinya lembut dan tangannya
ringan untuk membantu. Orang seperti ini pantang melihat kesusahan orang lain
tanpa menghulurkan bantuan semampunya.
Wahai pelajar, ambillah tahu penderitaan
orang lain. Ringankan tangan anda untuk memberikan bantuan. Jangan tunggu diminta atau disuruh.
Sebarkanlah
kebaikan agar kita termasuk dalam kalangan ahli ilmu.
Wallahua’lam. :)
GEN-Q / ISU 50
Ustaz Umar Muhammad Noor
-sedang menyambung pengajian
peringkat PHD di Universiti Malaya-
____________________________________
Facebook.com/UmarMuhammadNoor
umar@telagabiru.com
Facebook.com/UmarMuhammadNoor
umar@telagabiru.com




No comments:
Post a Comment